Midnight Fusic ialah sebuah kumpulan rock alternatif Malaysia yang ditubuhkan pada 2013 di Petaling Jaya, Selangor. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Arif Kamarudin (vokalis), Adrian Danial (gitaris), Firdaus Azmi (bes) dan Muaz Rabbani (dram). Kumpulan ini mendapat perhatian media selepas lagu mereka, "Heart of May" dan "Lovesick" menerima ulasan positif daripada pengkritik muzik. EP sulung kumpulan ini, When Love Was Around dikeluarkan pada 20 Julai 2018. Nama kumpulan ini diinspirasikan oleh minat ahli kumpulan ini terhadap makanan dan muzik.
Source: Wikipedia (https://ms.wikipedia.org/wiki/Midnight_Fusic)